// Talks
Talks & Workshops
Perkongsian ilmu melalui bengkel, ceramah, dan presentation untuk pendidik di seluruh Malaysia
Saya menyampaikan bengkel dan ceramah tentang AI dalam pendidikan kepada guru, pengetua dan guru besar, pegawai PPD dan JPN, serta bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Setiap sesi disertakan pakej lengkap: slaid, skrip penyampaian, modul hands-on dan platform pembelajaran dalam talian supaya peserta boleh terus mencuba semasa sesi berjalan. Fokusnya bukan teori, tetapi alat yang boleh digunakan di sekolah pada keesokan harinya.
14+
Bengkel & Ceramah
1,786+
Peserta Terlatih
7+
Sekolah Dilawati
4.9/5
Rating Peserta
// Akan Datang
Bengkel & Ceramah Akan Datang
Tiada bengkel atau ceramah akan datang buat masa ini. Sila semak kembali kemudian.
// Arkib
Bengkel & Ceramah Lepas

Bengkel hands-on 2.5 jam untuk guru sekolah rendah: membina buku nota subjek daripada DSKP dengan Gemini Notebook, perbualan bersumber dengan petikan, penjanaan kuiz, podcast, slaid dan infografik bertema, slaid Bahasa Melayu dengan Canva AI, bahan interaktif dengan Canva Code, formula prompt CTFC dan etika AI. Disertakan 32 slaid, skrip penyampaian, modul hands-on, 20+ templat prompt dan LMS web khusus.

Sesi 120 minit anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM (RPM Teras 3). Slot Gemini Pro untuk analisis data CSV, Deep Research, Canvas dan Gems; Gemini Notebook dengan Studio dan Video Overview; Canva Sheets dan Magic Charts untuk dashboard; bonus ChatGPT untuk analisis kuantitatif dan tematik serta semakan instrumen; ditutup dengan etika data kerajaan. 44 slaid, modul hands-on dan LMS web.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru 4 slot (8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari): Pengenalan AI, Gemini, NotebookLM dan Canva for Teacher, termasuk kejuruteraan prompt CTFC, penjanaan imej AI dan multimedia. Disertakan 43 slaid, skrip penyampaian, modul hands-on dan LMS web bertema gelap/cerah.

Tiga slot (pengenalan, hands-on, pembentangan kumpulan) memperkenalkan model 3 Level pembinaan aplikasi pendidikan dengan AI: Level 1 prompt sahaja (Claude Artifacts, Lovable, Bolt, Gemini Canvas, Canva Code), Level 2 prompt dan deploy sendiri dengan URL, Level 3 IDE profesional dengan agen AI (Cursor, VS Code, Claude Code). Peserta membina dan deploy aplikasi pendidikan sendiri. 47 slaid, nota penceramah dan 3 panduan hands-on.

Kursus yang merangkumi 4 slot selama 2 hari (AI for Management & Management Support, AI Data Management & Analytic, Data Visualizations & Reporting dan Vibe Coding & Storytelling) dihurai secara "Vibe Check (Hook-Body-Playload)" kepada 20+ peserta dengan hasil ouput artefak setelah selesai menimba ilmu selama 16 jam teori (the brain 30%) dan hands on (the muscle 70%) agar yang terlibat mampu berfikir secara analitik serta predektif terhadap iklim pengurusan pendidikan semasa.

n8n digunakan sebagai rangka automasi untuk menghubungkan aplikasi, data dan Large Language Model (LLM) + Telegram integration

Bengkel komprehensif tentang penggunaan AI tools untuk pentadbiran sekolah, dari automasi workflow hingga decision making dengan data analytics.

Perkongsian berkenaan AI dalam PdPC dan pengurusan yang berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam

Perkongsian tentang AI kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan HEM daerah Kluang terutamanya aplikasi Canva dan NotebookLM dalam Program Pemantapan Profesionalisme & Hala Tuju Peningkatan Kualiti Kepempinanan Sekolah-sekolah Daerah Kluang.

Perkongsian berkenaan AI dalam literasi maklumat sempena Perhimpunan Profesionalisme Bil.2/2025 Pejabat Pendidikan Daerah Kluang
Kursus kepada Pegawai Pengurusan & Profesional KPM bagi memanfaatkan Al dalam proses kerja bagi meningkatkan proses membuat keputusan, analisis ramalan dan perancangan strategik.
Webinar menggunakan Canva AI untuk hasilkan bahan pengajaran visual yang professional bertemakan Kecerdasan Buatan (Al) untuk semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor Ambilan 2021/2026.
Memahami definisi dan konsep asas Al selain memberi penjelasan tentang kelebihan Al serta memahami aplikasi Al dalam dunia sebenar terutamanya dalam tugasan harian. Kursus ini disasarkan kepada pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) daripada pelbagai skim perkhidmatan yang berkhidmat di peringkat Bahagian, Jabatan mahupun sekolah.
Bengkel Asas Canva & AI bagaimana ia membantu tugasan harian kepada pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri Johor.
// Topik
Topik Bengkel & Ceramah
AI dalam Pendidikan
ChatGPT, Canva AI, dan AI tools untuk pembelajaran dan pentadbiran
Google Workspace
Google Classroom, Apps Script automation, dan digital collaboration
Microsoft 365
Teams, Power Platform, SharePoint untuk transformasi digital sekolah
Video Production
Shooting dan editing video pembelajaran dengan smartphone
Data Analytics
Power BI, Excel, dan data visualization untuk decision making
Graphic Design
Canva dan design thinking untuk bahan pengajaran visual
Jemput Saya untuk Bengkel
Berminat untuk menganjurkan bengkel atau ceramah di sekolah/organisasi anda? Saya sedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.