Ia perlukan sambungan internet dan pelayar moden (Chrome, Edge atau Safari). Jika rangkaian sekolah menyekat cdn.jsdelivr.net, cuba guna data telefon.
Siri Interaktif 3D Sains · Tahun 5
Bab 1: Litar Bersiri & Selari
4 pelajaran · rajah simbol · sijil · nota guru
Ramal, uji dan buktikan, terus di telefon atau skrin kelas.
Percuma untuk murid & guru 🎁
Ts.AshrafNaim
📘 Nota Guru · Litar Bersiri & Litar Selari
Tahap: Sains Tahun 5, Tema Penerokaan Fizik, Unit Elektrik. Masa cadangan: 30–40 minit (4 pelajaran, ±8 minit setiap satu).
Standard Pembelajaran
5.2.1 Membanding dan membezakan susunan mentol dalam litar bersiri dan litar selari (Pelajaran 1).
5.2.2 Melukis rajah litar menggunakan simbol (Pelajaran 1, butang rajah simbol).
5.2.3 Kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari (Pelajaran 2).
5.2.4–5.2.5 Faktor kecerahan mentol: bilangan sel kering dan bilangan mentol (Pelajaran 3).
5.2.6 Keadaan mentol apabila suis dibuka atau ditutup (Pelajaran 4).
Cadangan langkah PdP
Set induksi: tayang Pelajaran 1 di skrin. Murid mengundi ramalan dengan tangan sebelum guru menekan pilihan.
Amali sebenar dahulu: aktiviti buku teks m.s. 124 (kecerahan mentol) dan m.s. 131 (suis).
Selepas amali, guna Pelajaran 2–4 untuk membanding pemerhatian kumpulan dengan simulasi.
Penutup: murid mendapatkan cop keempat-empat pelajaran dan mencetak sijil (pilihan).
Soalan untuk perbincangan
Kenapa lampu di rumah disambung secara selari, bukan bersiri?
Jika satu mentol lampu hiasan rosak dan semua mentol lain padam, apakah jenis litarnya?
Ramal: 3 sel kering dan 3 mentol bersiri. Adakah kecerahannya sama dengan 1 sel dan 1 mentol? Uji dalam Pelajaran 3.
Perhatian
Simulasi ini tidak menggantikan amali. Mentol dan sel kering sebenar mungkin berbeza (sel lemah, mentol berlainan jenis).
Dalam buku teks, "tutup suis" bermaksud litar lengkap (mentol menyala). Ini berbeza dengan maksud harian ("tutup lampu" = padam), jadi sebut dengan jelas kepada murid.
Kecerahan dalam simulasi ialah anggaran visual untuk perbandingan, bukan ukuran sebenar.
Sumber
Buku Teks Sains Tahun 5 (KSSR Semakan), Unit 5 Elektrik, m.s. 118–131. Isi ditulis semula untuk simulasi ini.